Wednesday, July 22, 2009

Bukan senang namun ia taklah sesukar yang difikirkan..





Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi adalah sebuah persatuan fakulti yang kuat,tegar, dan teguh walaupun menghadapi cabaran yang kadang kala mampu menggoyah layar bahteranya. Di kala insan lain sibuk menelaah dan mengulangkaji pelajaran tetap ada insan yang bersekang mata di bilik persatuan untuk membuat persiapan sesuatu program. Kadang kala sehingga 3 atau 4 pagi barulah insan ini pulang. Tapi itu pun belum pasti kerja yang diberikan siap atau tidak. Makan?? Minum?? Tak siapa yang tahu perutnya terisi atau tidak. Bila dah buat program ada pulak orang komen itulah inilah. Aduihhh..pedih, tapi takpe anggaplah ini semua COBAAAN…




Inilah cabaran hidup sebagai seorang pemimpin. Bukan senang nak jadi seorang pemimpin tapi percayalah ia tidaklah sesukar yang difikirkan. Pemimpin ini suatu yang subjektif, setiap orang adalah pemimpin tidak kira siapa pun gerangannya. Walaupun dia adalah seorang ketua perompak, dia tetap adalah seorang pemimpin. Manusia yang hidup di dunia ini memang dilahirkan sebagai seorang pemimpin. Dia adalah pemimpin bagi dirinya. Tapi berapa ramai yang sedar akan hakikat ini. Sedangkan masih ramai yang tidak mampu untuk memimpin diri sendiri. Ramai juga yang masih tertanya-tanya apakah ciri-ciri menjadi pemimpin yang baik, bagaimana cara memimpin yang betul. Sebenarnya tiada siapa yang mampu memberi jawapan tersebut. Diri kita sendiri yang harus mencari jawapan itu sendiri. Orang lain boleh memberi pendapat tapi bukan jawapan itu. Setiap orang ada cara memimpin yang tersendiri. Contohnya kita dapat lihat sendiri Perdana Menteri Malaysia yang sentiasa bertukar pucuk pimpinan. Cara memimpin masing-masing adalah berbeza.Tun Abdul Razak adalah seorang pemimpin yang membawa pembangunan kepada Malaysia. Begitu juga dengan Tun Dr. Mahathir,yang menukar cara pemerintahan mengikut kesesuaian zamannya. Pada zaman pemerintahan Khulafa’ Arrasyidin, para sahabat membawa pendekatan yang berbeza dengan cara pemerintahan yang tersendiri. Saidina Abu Bakar memimpin umat Islam menghapuskan elemen yang mencemarkan Islam dan Saidina Umar pula meluaskan dakwah Islam ke serata dunia . Walaupun cara pemerintahan dan pendekatan berbeza tapi ia tetap memperjuangkan Islam yang satu. Keadaan ini juga sama seperti apa yang berlaku di dalam keluarga PMFST. Walaupun pucuk pimpinan PMFST berubah dengan kehadiran orang baru, YDP baru, exco baru,dan ahli-ahli baru PMFST tetapi agenda utama PMFST tetap tidak berubah. PMFST tetap memperjuangkan agenda KEILMUAN, KEBAJIKAN & KESATUAN. Walau siapa pun yang memegang pucuk pimpinan PMFST, agenda kebajikan FST tetap akan diperjuangkan. Jadi di sini apa yang nak diperkatakan ialah, siapa pun kita di PMFST kita perlu ada rasa tanggungjawab untuk bersama memperjuangkan agenda PMFST. Tidak semestinya hanya YDP,Majlis Tertinggi dan exco sahaja yang bergerak untuk membantu warga FST tapi kita semua warga FST adalah bertanggungjawab terhadap KEILMUAN, KEBAJIKAN & KESATUAN warga FST. PMFST hanyalah sebagai induk untuk masyarakat kampus FST bergerak. Ayuhlah Pimpinan PMFST bersama warga kampus FST bersama melakukan transformasi ini. Jika bukan anda siapa lagi, jika bukan sekarang bila lagi. Bermula daripada ahli biasa bersama pimpinan tertinggi PMFST bergabung dengan MPP dan kelab-kelab FST mampu berubah. Dasar buka pintu PMFST akan mampu dilaksanakan. Mungkin selepas ini perut insan itu akan terisi, tidurnya pun lena bersama sahabat-sahabat lain,dan program dia anjurkan pun akan berjalan lancar dengan adanya tangan yang menghulur. Jadi mungkin benar jugalah sesuatu itu, tidaklah sesukar yang difikirkan…




“LETS TOGETHER WE UNITE, YOU’LL NEVER WALK ALONE”

Friday, June 12, 2009

Monday, April 13, 2009

KiSaH 5 PeNYiaSaT MuDA


Kisah 5 penyiasat muda ini saya kira menarik untuk dikongsi. Kisah suka duka 5 orang muda yang menyiasat satu kawasan yang jadi bahan tawa manusia penghuni fakulti Sains di UKM. Permulaan kisahnya bermula apabila Dr. Wan Ju meminta pelajar Biologi Tahun 2 kuliah Ekologi Terestrial membuat kumpulan dan menjalankan mini projek ala-ala nak buat tesis. Jadi tertubuh kumpulan 5 penyiasat muda. Bermula episod mereka untuk menjalankan projek, Tapi….tajuk belum dipilih lagi..aduih.. ni satu lagi dugaan waktu nak pilih tajuk. Dieorang pun berkumpul untuk memilih tajuk yang paling sesuai,paling best, dan paling menarik. Selepas berjumpa Dr. Wan Ju, akhirnya mereka pun bersetuju untuk membuat tajuk “KAJIAN KEPELBAGAIAN SPESIES FLORA DI TEBING ALUR ILMU UKM DAN KEPENTINGANNYA”.
Kemudian tak berapa lama lepas tu dieorang tukar tajuk, sebab Dr. F komen sesuatu ntah ape ntah tak ingat dah. Jadik tajuk baru untuk mini projek 5 penyiasat muda ni adalah..jeng..jeng….”KAJIAN KEPELBAGAIAN SPESIES FLORA DAN KELIMPAHAN ORDER DIPTERA DAN HYMENOPTERA SEPANJANG ALUR ILMU UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA”. Mereka jalankan penyiasatan ke atas alur ilmu ni hampir setiap minggu,walaupun kadang-kadang bukan semua yang hadir tapi perjuangan harus diteruskan huhuhu… tapi kadang-kadang berang jugak bila tajuk projek diketawakan. Hmm..it’s ok. Tidak mengapa..percayalah sesuatu bakal berlaku. Ingat senang ke buat projek, susah jugak, tahap kesabaran pun kena tinggi menghadapi kerenah & ragam bacaan data, kawasan, dan yang pastinya manusia juga. Data pokok yang diambil adalah DBH, tinggi pokok guna Clinometer, dan setiap pokok jugak perlu ditag. Kemudian masukkan data untk buat analisis. Projek yang bermula bulan Januari akhirnya berjaya disiapkan juga pada tanggal 3 April 2009,walaupun masih ada yang perlu diperbaiki tapi secara kasarnya bolehla. Bayangkanlah mereka dan seluruh warga kuliah perlu pergi fieldwork sedangkan pembentangan projek hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Nasib badan la labu….
Tibanya hari yang dinantikan, hari pertama pembentangan dieorang terselamat...akhirnya hari kedua kumpulan penyiasat muda ini telah terpilih untuk membuat pembentangan. Habis pembentangan huihhh…lega..Alhamdulillah. Siapa sangka keesokkannya sesuatu bakal berlaku, selepas habis semua pembentangan, Dr. Wan Ju & Dr.F nak mengumumkan kumpulan terbaik, dan siapa sangka Kumpulan Penyiasat Muda telah berjaya bergelar Saintis Muda apabila diumumkan sebagai kumpulan terbaik untuk projek mini. Kenyataan dipetik daripada kata-kata salah seorang juri pujaan, Dr. F , “ada kumpulan yang menjalankan projek ini tahap research “ secara jujurnya mereka merasa bangga dengan hasil research ni. Malam 10 April mereka ke Restoran Azura belakang petronas untuk raikan kejayaan mereka dengan penuh rasa kesyukuran. Alhamdulillah. Perkara paling best gak ialah sesi tukar hadiah.. tp ada yang masih berhutang,harap bersabar ye..:-)
Lima Penyiasat Muda tu skg digelar Lima Saintis Muda..Ameeen..InsyaAllah berkat doa sahabat2..mereka adalah…

· MOHD. ARRABE’ AHMAD BAEI (robek)
· DANNY KOH XUAN RONG (danny)
· NABILAH BT MOHAMMAD (bell ting tong)
· NURSHAHIDAH BT MOHD RUSLI (sellaginellashida)
· NUR IZAWATI BT ROSLI (iza comey)

Selaku ahli kumpulan, saya bangga dengan sahabat2 group sy ni. Moga Allah memberkati apa yang kita lakukan. Sy nak mohon maaf jika selama buat keje satu group ni banyak kekurangan. Kadang- kadang tak dapat hadir ke field tapi hanya Allah yang tahu betapa gelisah hati ini. Saya mohon maaf sekali lagi. Moga ikatan ukhuwah ini kekal teguh hingga akhirnya..Ameeen..
ALL THE BEST FOR FINAL EXAM & FOR WHOLE YOUR LIFE>>>InSYaALLAH..

*jika jalan cite salah maaf ye geng saintis muda..

Thursday, November 13, 2008

Barber Tak Wujud

ADA SEORANG LELAKI PERGI KE KEDAI GUNTING RAMBUT UTK MENGGUNTING RAMBUT DAN JANGGUTNYA. APABILA BARBER ITU MEMULAKAN TUGASNYA, MEREKA PUN BERBORAK DAN BERCAKAP MENGENAI BYK PERKARA.TAPI BILA MEREKA MULA BERBICARA MENGENAI ALLAH,BARBER ITU PUN BERKATA,'' SAYA TAK PERCAYA ALLAH ITU WUJUD.''''KENAPA KAMU KATA BEGITU?'' TANYA SI LELAKI TADI.
'' CUBA KAMU KELUAR DI TGH JLN ITU DAN TUNJUKKAN PD SAYA BAHAWA ALLAH ITU WUJUD. KALAU BETUL ALLAH WUJUD,KENAPA RAMAI SGT ORG SAKIT KAT LUAR TU? KENAPA MASIH ADA KANAK2 YG TERBIAR? KALAU BETUL ALLAH WUJUD,DAH TENTU TIADA KESAKITAN DAN KEPERITAN HIDUP DLM DUNIA NI. SAYA X DPT BAYANGKAN ALLAH YG MAHA PENYAYANG BOLEH MEMBENARKAN SEMUA INI BERLAKU''.
SI LELAKI ITU PUN BERFIKIR SEJENAK. TAPI DIA TIDAK MEMBERI SEBARANG JAWAPAN KERANA TIDAK MAHU MEMULAKAN PERTENGKARAN. SELEPAS BARBER ITU MENGHABISKAN TUGASNYA, SI LELAKI TADI PUN PERGI.SELEPAS BEBERAPA LANGKAH,SI LELAKI TADI TERNAMPAK SEORG LELAKI BERAMBUT PANJANG,SELEKEH,KOTOR DAN JANGGUT TIDAK TERURUS. SI LELAKI TADI PUN BERPATAH BALIK DAN PERGI SEMULA KE KEDAI GUNTING RAMBUT TADI DAN BERKATA,'' KAMU TAHU TAK YG SEBENARNYE BARBER JGK TIDAK WUJUD?''''KENAPA KAMU KATA MCM TU? SEDANGKAN SAYA BARU SAJE GUNTING RAMBUT KAMU TADI''.KATA BARBER.''TIDAK!'' KATA SI LELAKI TADI.''KALAU BARBER WUJUD, DAH TENTU TIDAK ADA ORG YG BERAMBUT PANJANG TIDAK TERURUS DAN KOTOR SERTA JANGGUT YG PANJANG DAN KOTOR MCM LELAKI DI TEPI JALAN ITU''.''AH! BARBER MMG WUJUD! LELAKI TU JADI MCM TU SBB DIA TIDAK DTG PADA SAYA UTK MENGGUNTING RAMBUTNYE!''.KATA BARBER.''TEPAT SEKALI!''. KATA SI LELAKI TADI.''THAT'S THE POINT!. ALLAH JGK WUJUD. ITULAH YG TERJADI (KEPERITAN&PENDERITAAN) JIKA MANUSIA TIDAK MENGINGATINYA DAN KEMBALI PADANYA UTK MEMOHON PERTOLONGAN.''

setelah membaca cerita di atas, saya cukup terasa.Saya menilai kembali kehidupan ini.

Saya mengira berapa kalikah saya ingat Allah dalam sehari.
Adakah lima kali sehari cukup???
Itupun memang perkara yang wajib kena buat. Kalau solat itu tak wajib, taktau la waktu bila lg kite nak ingat Allah. Allah sayangkan kita sebenarnya, sebab itula Dia wajibkan solat, puasa bulan Ramadhan. Supaya hamba-hambaNya ingat padaNya,kerana Dia tahu hambaNya akan lupaNya kalau tak diingatkan.
Sahabat-sahabat sekalian..,marilah kita merenung kembali dan menilai cinta kita pada Allah, dah sampai tahap mane.. adakah sudah terle
bih hadnya sampai kita asyik lupa padaNYA.. renungkanlah.. Waulahhua’lam.

Blogger Template by Blogcrowds.

 
http://4.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SaXBj_R9-HI/AAAAAAAAAxo/-1Du0pyotSU/free_gaza_02.png